Latar belakang The First Step: Treasure Effect

Pada 28 Disember 2020, syarikat rakaman YG Entertainment (YGE) memuat naik poster acah melalui bolg rasmi mereka yang mengesahkan judul dan tarikh pelancaran album.[2] Pada 31 Disember, kumpulan muzik Treasure melepaskan poster tajuk untuk album mereka, mendedahkan single utama "My Treasure".[3] YGE kemudiannya mendedahkan senarai runut untuk album baharu tersebut pada 4 Januari 2021.[4] Bermula dari 5 Januari, suatu siri poster dengan ayat-ayat daripada seni kata lagu "My Treasure" disiarkan setiap hari.[5][6][7][8] Video muzik acah untuk lagu tersebut dilancarkan pada 9 Januari,[9] manakala video muzik rasmi diluncurkan pada 11 Januari, serentak dengan pelancaran rasmi album.[10]

Pada 31 Mac 2021, versi bahasa Jepun untuk album tersebut dilancarkan. Runut "Beautiful" dipilih sebagai lagu utama dan kesemua lagu asal yang lain dirakamkan semula dalam bahasa Jepun.[11]

Rujukan

WikiPedia: The First Step: Treasure Effect http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20210111001... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... https://tv.naver.com/v/17854100 https://yg-life.com/archives/163529?lang=en https://yg-life.com/archives/163571?lang=en https://yg-life.com/archives/163643?lang=en https://yg-life.com/archives/163852?lang=en